Sunday, April 28, 2013
On 9:00 AM by Unknown in Biro HELWANI, Biro Sukan dan Rekreasi
Kepala Batas
– 26 April. Satu perlawanan futsal tertutup IPG Kampus Darulaman telah
dianjurkan oleh JPP Exco Sukan dan Rekreasi 2013. Penganjuran ini merupakan
salah satu aktiviti tours Exco sukan dan rekreasi untuk memperkenalkan Exco ini
kepada komuniti IPG KDA. Kerjasama antara sekteriat Exco sukan dan rekreasi
mendapat galakan dan sambutan dari warga IPG KDA dengan penyertaan yang sangat
menggalakkan. Penyertaan yang mengehadkan untuk setiap kohort menghantar 2
pasukan untuk masuk bertanding. Pada penganjuran kali pertama ini, penganjur
sepakat untuk menghantar pasukan dari semester 3 sebanyak 4 pasukan kerana
menggantikan kekosongan dari semester 5 yang belum tamat sesi praktikum pertama
mereka.
Pertandingan ini menampilkan 8
pasukan hebat berentap untuk merebut piala pusingan. Ternyata jangkaan orang
ramai bahawa pertandingan ini sangat sengit kerana disertai oleh
pasukan-pasukan yang hebat dan berpotensi untuk lebih maju. Pertandingan
mempertaruhkan sistem pertandingan liga kumpulan.
Piala
pusingan yang hangat diperkatakan telah menjadi milik pemegang pertamanya iaitu
pasukan Lelaki Maskulin A yang dianggotai oleh pelajar-pelajar dari semester 7.
Kapten pasukan iaitu Mior Fakhrullah Abd. Jalil yang juga bertanggungjawab
sebagai penjaga gol menghembuskan nafas lega dan berrpuas hati dengan prestasi
ahli pasukannya yang mampu menjuarai pertandingan ini selepas mengalahkan
pasukan-pasukan lain.
Pasukan yang menduduki tempat kedua
adalah pasukan La Intrusa yang dianggotai oleh pasukan “kaki futsal IPDA” iaitu
pelajar-pelajar dari semester 3. Kapten pasukan iaitu Mohd Hafizi Nazir
ternyata agak kurang berpuas hati dengan kepengadilan yang menidakkan jaringan
gol terakhir selepas tendangan penalti mencari 1 gol mengalahkan pasukan Lelaki
Maskulin A. Pasukan ini juga antara pasukan “favorite” menang ramai
orang apabila tampil dengan teknik permainan yang pantas dan skillfull. Namun,
mereka hanya mampu menduduki tempat kedua apabila tewas 1 gol dengan Lelaki
maskulin A.
Pengerusi JPP Exco sukan dan Rekreasi
2013 sangat berpuas hati dengan penganjuran dan mengatakan bahawa pertandingan
futsal ini akan diadakan secara berterusan setiap bulan sebagai tanda menyokong
sukan pilihan mahasiswa masa kini.
Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua sekteriat, JPP , peserta dan
seluruh warga IPG KDA yang menyokong setiap penganjuran JPP Exco sukan dan
rekreasi kali ini.
LELAKI MASKULIN A : JUARA
LA INTRUSA : NAIB JOHAN
Search
Artikel berkaitan
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Berkenaan isu masalah parking di Kolej Kediaman Pelajar, perkara ini perlu dipandang serius oleh s...
-
MAJLIS : MAJLIS WATIKAH PERLANTIKAN JPP IPG KAMPUS DARULAMAN TEMPAT : DEWAN BESAR IPG KAMPUS DARULAMAN TARIKH : 9/2/2015 Bismill...
-
IPG KDA, 1 mei 13. Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Exco Sukan dan Rekreasi sesi 2013 dari setiap IPG ZON UTARA telah sepakat u...
Pautan berkaitan
- Ahli Majlis Tertinggi (8)
- Bendahari (1)
- Biro Akademik (3)
- Biro HELWANI (7)
- Biro Kebajikan (2)
- Biro Kebudayaan Kesenian dan Warisan (4)
- Biro Kerohanian dan Moral (1)
- Biro Keusahawanan (3)
- Biro Kolej Kediaman (5)
- Biro Penempatan Luar (2)
- Biro Sukan dan Rekreasi (7)
- Biro TM&P (1)
- Hari Terbuka PISMP (5)
- HEP (1)
- Masjid An-Nur (1)
Copyright © 2015 JPP IPG Darulaman. Powered by Blogger.