Thursday, February 12, 2015

On 8:25 AM by أمير الشفيق

MAJLIS : MAJLIS WATIKAH PERLANTIKAN JPP IPG KAMPUS DARULAMAN
TEMPAT : DEWAN BESAR IPG KAMPUS DARULAMAN
TARIKH : 9/2/2015


Bismillahirrahmannirrahim
Terima kasih diucapkan kepada saudara/saudari Pengerusi Majlis.
Assalamualaikum warahmatulahi wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam Perpaduan, Salam 1 Malaysia.
Yang Dihormati Tuan Haji Mohd Mustafa bin Ahmad
Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman.

Yang Berusaha Tuan Haji Hashim bin Asman
Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman

Yang Berusaha Tuan Haji Ahmad Shukri bin Mustafa
Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman

Barisan Ketua-Ketua Jabatan, ketua-ketua unit, Barisan Pensyarah, Deligasi kepimpinan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar  Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman sesi 2015/2016 seterusnya para pelajar yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, setinggi lafaz kesyukuran dipanjatkan kepada allah yang Maha Esa kerana dengan izin dan rahmat-Nya dapat kita berkumpul bersama-sama dalam Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG  Kampus Darulaman sesi 2015/2016 yang cukup meriah ini.

Hadirin yang dimuliakan,
Untuk pengetahuan, Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Ipg Kampus darulaman ini bertujuan untuk memperkenalkan dan mengiktiraf barisan JPP IPG Kampus Darulaman sesi 2015/2016. Dengan adanya majlis ini, maka bermulalah secara rasminya tugas JPP  sebagai medium saluran antara guru pelatih IPDA dan juga pihak pengurusan IPDA khususnya. Tanggungjawab yang dipikul amatlah berat dalam memastikan isu – isu dan perkara-perkara yang berhubung dengan kebajikan pelajar dan hal ehwal semasa disalurkan secara berkesan kepada pihak pengurusan pentadbiran IPDA.

Hadirin sekalian,
Saya mewakili seluruh jawatankuasa perwakilan pelajar sesi 2015/16 merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak pentadbiran dan seluruh rakan pelajar atas kepercayaan untuk kami memegang amanah sebagai perantara antara pihak pentadbiran dan seluruh rakan pelajar.
Sesungguhnya, amanah yang diberikan ini adalah amat berat, namun begitu insya-Allah kami di pihak barisan kepimpinan sesi 2015 akan  terus mengorak langkah sedaya upaya mungkin melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi dan terbaik dan meneruskan kecemerlangan deligasi sebelum ini.

Buat makluman hadirin sekalian,
JPP pada tahun ini dibarisi oleh 27 orang jawatankuasa iaitu 7 orang ahli majlis tertinggi dan 20 orang ahli mesyuarat kepimpinan bagi setiap biro. Kami amat memerlukan sokongan padu serta bantuan  rakan-rakan siswa pendidik,barisan  pensyarah serta pihak pentadbiran dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab dengan baik dan jayanya.

JPP pada tahun ini berpegang kepada motto, ”Dari pelajar kepada pelajar, one for all, all for one”, dengan misi menjadikan barisan kepimpinan JPP 2015 lebih berdedikasi, berketrampilan serta menampilkan keperibadian yang unggul dalam memimpin serta menerajui seluruh pelajar ke arah kegemilangan dan kecemerlangan dalam semua aspek sejajar dengan prinsip FPG dan FPK.

Dengan misi dan motto yang ditetapkan, insya-Allah, apa yang diharapkan dan dirancang oleh barisan kepimpinan tahun ini bakal direalisasikan seperti yang diimpikan. Sokongan dan tunjuk ajar barisan pensyarah yang berpengalaman amat diperlukan kerana anda semua adalah permata berharga yang memiliki penuh pengalaman.

Buat seluruh rakan siswa pendidik,
Saya ingin merakamkan jutaan  terima kasih atas undian dan sokongan anda dalam memilih barisan kepimpinan yang telah dibentuk secara rasmi pada hari ini. Berilah sepenuh sokongan kepada kami serta bantuan yang sedaya mungkin dalam sama-sama kita menjulang IPG Kampus Darulaman diantara IPG paling gah di Malaysia.

Sebagai intiha, sekali lagi saya merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih atas kepercayaan kepada kami semua untuk membarisi kepimpinan JPP 2015. Jutaan terima kasih juga kepada semua pihak yang menjayakan majlis watikah pelantikan JPP sesi 2015 pada hari ini.
Saya juga berharap kepada semua siswa pendidik IPG Kampus Darulaman bersama-sama memberikan sokongan dan  kerjasama terhadap program-program yang bakal dianjurkan kelak.InsyaAllah .
Sebelum saya mengakhiri ucapan, saya sekali lagi ingin mengucapkan tahniah kepada jawatankuasa perwakilan pelajar yang baru dilantik dan terima kasih kepada ahli jawatankuasa program dan pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung  di atas komitmen yang diberikan dalam memastikan kelancaran majlis.

Sekian, wabillahi taufiq wal hidayah. Wassalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih.

Muhamad Amirul Syafiq bin Md Yusuf
YDP JPP IPG Kampus Darulaman sesi 2015/2016

Wednesday, February 11, 2015

On 8:35 AM by أمير الشفيق

TEMPAHAN BAJU 25 TAHUN IPDA

Sempena Sambutan Jubli Perak (25 Tahun) IPG Kampus Darulaman, pihak JPP dengan kerjasama KOPERASI Institut menjual baju rasmi sempena Jubli Perak. Berikut merupakan harga bagi :

Lengan Pendek     :RM30
Lengan Panjang    :RM32
Muslimah              :RM35