Monday, April 30, 2007
On 7:35 AM by أمير الشفيق
MESYUARAT
JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR
KALI KE-3/2007
TARIKH : 30
APRIL 2007
TEMPAT : DEWAN
MAHSURI
KEHADIRAN : SEMUA
EXCO JPP
Jawatankuasa
Perwakilan Pelajar 2007 telah mengadakan
mesyuarat pada 30 April 2007 bertempat di Dewan Mahsuri jam 9.00 malam. Antara
agenda perbincangan adalah mengenai hal kebajikan pelajar. Di sini kami
membentangkan beberapa isu yang telah dibincangkan dalam mesyuarat tersebut.
ISU
|
MASALAH
|
CATATAN
|
Kemudahan internet di Taman Siswa
|
- Bilangan kafe siber yang berdekatan Taman Siswa
semakin berkurangan dan terpaksa bersaing dengan pelajar-pelajar daripada POLIMAS, ILP dan sebagainya.
- kerja-kerja kursus yang perlu disiapkan amat
memerlukan maklumat dari internet.
|
|
Kafeteria Sri Kantan
|
- makanan di Kafeteria Sri Kantan selalu tidak
mencukupi, contohnya pada pukul 11.00 pagi sudah habis.
- tisu disimpan di dalam laci.
-sabun basuh tangan tidak disediakan.
- pelajar inginkan perkhidmatan yang disediakan
lebih baik dan efisien.
|
|
Penggunaan PA System yang tidak memuaskan
|
- beberapa tempat di IPDA tidak dapat mendengar
pengumuman yang diumum di pejabat pentadbiran IPDA seperti kafeteria Sri
Lawang, makmal sains, bilik seni, seluruh kawasan
-walaupun terdapat beberapa tempat yang dapat
mendengar pengumuman tersebut, namun maklumat tetap tidak dapat disalurkan
kerana gelombang bunyi bertindih dan bergema.
- oleh itu, dicadangkan supaya diwujudkan “sound box”
di setiap kelas, Kafeteria Sri Lawang, makmal sains, bilik seni dan tempat-tempat
yang menghadapi masalah.
- memudahkan sebarang info dan maklumat yang
disampaikan didengari dan diketahui oleh seluruh warga IPDA secara efektif.
|
|
Kedudukan saham koperasi pelajar.
Kursus :
|
- pelajar inginkan penjelasan dan maklumat dari
koperasi tentang kedudukan saham pelajar dan bilakah pelajar akan memperoleh
saham tersebut.
Cadangan : Diumumkan kepada pelajar sewaktu perhimpunan pagi dua bulan
sekali.
|
|
Bayaran untuk kemudahan makmal komputer
|
- Sebelum ini, elaun pelajar dipotong sebanyak RM10
untuk kemudahan komputer IPDA dan sekarang, bayaran itu tidak dikenakan lagi.
-IPDA mempunyai banyak makmal komputer, namun jika
dibandingkan dengan nisbah bilangan komputer yang boleh digunakan, ia amat
mendukacitakan.
- pelajar memohon kemudahan komputer yang lebih baik
dapat disediakan di IPDA
|
|
Bilik khas untuk pelajar sakit.
(Lelaki/ Perempuan)
|
- pelajar memerlukan bilik tersebut untuk kes-kes
kecemasan yang mungkin berlaku ketika waktu kuliah.
- ini kerana pelajar tidak dibenarkan oleh Jabatan
Hal Ehwal Pelajar (JHEP) untuk balik ke
Cadangan : Bilik di Jabatan Bimbingan &
Kaunseling
|
|
Bilik persalinan
|
- Pelajar memerlukan satu bilik khas bertujuan
supaya mereka dapat menukar pakaian khususnya selepas tamat waktu interaksi
Pendidikan Jasmani.
Cadangan : Di Bilik Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan dan
dilabelkan.
|
|
Oleh itu, amatlah diharapkan segala
usul dan cadangan daripada JPP sebagai mewakili suara pelajar ini diterima dan
dipertimbangkan.
Disediakan oleh,
(MOHD SHAFIZAN BIN OMAR)
Setiausaha Agung Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Institut Perguruan Darulaman
Subscribe to:
Posts (Atom)
Search
Artikel berkaitan
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Berkenaan isu masalah parking di Kolej Kediaman Pelajar, perkara ini perlu dipandang serius oleh s...
-
Adalah dimaklumkan bahawa gangguan bekalan air akan berlaku pada 2 dan 3 September 2015 bermula jam 2.00 petang sehingga 8.00 pagi untuk t...
-
Semua staf akademik IPG Kampus Darulaman dipelawa menyertai Kejohanan Berbasikal Antara Pensyarah yang bakal diadakan pada 8 April 2015 (...
-
TAHNIAH DIUCAPKAN Sekalung ucapan tahniah diucapkan kepada Ummu Khaulah, pelajar PISMP ambilan Jan 2007 Bahasa Arab atas kejayaan m...
-
TEMPAT : PUSAT KEGIATAN PELAJAR TARIKH : 24/2/2014 PENGLIBATAN : i) Ahli Majlis Tertinggi JPP 2014/2015 ii) A...
-
MAJLIS : MAJLIS WATIKAH PERLANTIKAN JPP IPG KAMPUS DARULAMAN TEMPAT : DEWAN BESAR IPG KAMPUS DARULAMAN TARIKH : 9/2/2015 Bismill...
-
Program Pengantarabangsaan Minda Global Pendidik yang bakal berlangsung di Banda Acheh Darussalam, Indonesia pada 16-19 September 2014. ...
-
LAWATAN BENCHMARKING DARI JPP IPG KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA KE IPG DARULAMAN Tarikh : 15 Februari 2014 ...
Pautan berkaitan
- Ahli Majlis Tertinggi (8)
- Bendahari (1)
- Biro Akademik (3)
- Biro HELWANI (7)
- Biro Kebajikan (2)
- Biro Kebudayaan Kesenian dan Warisan (4)
- Biro Kerohanian dan Moral (1)
- Biro Keusahawanan (3)
- Biro Kolej Kediaman (5)
- Biro Penempatan Luar (2)
- Biro Sukan dan Rekreasi (7)
- Biro TM&P (1)
- Hari Terbuka PISMP (5)
- HEP (1)
- Masjid An-Nur (1)
Copyright © 2015 JPP IPG Darulaman. Powered by Blogger.