Sunday, April 28, 2013

On 9:00 AM by jpp ipda in ,

Kepala Batas – 26 April. Satu perlawanan futsal tertutup IPG Kampus Darulaman telah dianjurkan oleh JPP Exco Sukan dan Rekreasi 2013. Penganjuran ini merupakan salah satu aktiviti tours Exco sukan dan rekreasi untuk memperkenalkan Exco ini kepada komuniti IPG KDA. Kerjasama antara sekteriat Exco sukan dan rekreasi mendapat galakan dan sambutan dari warga IPG KDA dengan penyertaan yang sangat menggalakkan. Penyertaan yang mengehadkan untuk setiap kohort menghantar 2 pasukan untuk masuk bertanding. Pada penganjuran kali pertama ini, penganjur sepakat untuk menghantar pasukan dari semester 3 sebanyak 4 pasukan kerana menggantikan kekosongan dari semester 5 yang belum tamat sesi praktikum pertama mereka.
            Pertandingan ini menampilkan 8 pasukan hebat berentap untuk merebut piala pusingan. Ternyata jangkaan orang ramai bahawa pertandingan ini sangat sengit kerana disertai oleh pasukan-pasukan yang hebat dan berpotensi untuk lebih maju. Pertandingan mempertaruhkan sistem pertandingan liga kumpulan.
            Piala pusingan yang hangat diperkatakan telah menjadi milik pemegang pertamanya iaitu pasukan Lelaki Maskulin A yang dianggotai oleh pelajar-pelajar dari semester 7. Kapten pasukan iaitu Mior Fakhrullah Abd. Jalil yang juga bertanggungjawab sebagai penjaga gol menghembuskan nafas lega dan berrpuas hati dengan prestasi ahli pasukannya yang mampu menjuarai pertandingan ini selepas mengalahkan pasukan-pasukan lain.
            Pasukan yang menduduki tempat kedua adalah pasukan La Intrusa yang dianggotai oleh pasukan “kaki futsal IPDA” iaitu pelajar-pelajar dari semester 3. Kapten pasukan iaitu Mohd Hafizi Nazir ternyata agak kurang berpuas hati dengan kepengadilan yang menidakkan jaringan gol terakhir selepas tendangan penalti mencari 1 gol mengalahkan pasukan Lelaki Maskulin A. Pasukan ini juga antara pasukan “favorite” menang ramai orang apabila tampil dengan teknik permainan yang pantas dan skillfull. Namun, mereka hanya mampu menduduki tempat kedua apabila tewas 1 gol dengan Lelaki maskulin A.
            Pengerusi JPP Exco sukan dan Rekreasi 2013 sangat berpuas hati dengan penganjuran dan mengatakan bahawa pertandingan futsal ini akan diadakan secara berterusan setiap bulan sebagai tanda menyokong sukan pilihan mahasiswa  masa kini. Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua sekteriat, JPP , peserta dan seluruh warga IPG KDA yang menyokong setiap penganjuran JPP Exco sukan dan rekreasi kali ini. 
LELAKI MASKULIN A : JUARA 

LA INTRUSA : NAIB JOHAN





Tuesday, April 23, 2013

SALAM SATU IPG






Pada 7 april dan 13 april 2013 yang lalu Kumpulan Teater IPDA  telah membuat pementasan teater Ratu-Ratu Gunung. Teater ini diarahkan oleh En Yazi Bin Keria dan Puan Fatahiyah Bin Ishak. Antara barisan pelakon yang menjadi tunjang kepada Teater Ratu-Ratu gunung ini adalah Ku Yusri ( Merupakan   Pelakon utama dalam Telemovie "SUTUN", Pelajar Guru PPISMP sem3 , PISMP sem 1 , Sem 3 dan Sem 5. IPDA juga telah menghantar 2 orang pelajar untuk pertandingan monodrama. Boniface Jane dari PISMP sem3 matematik membawa monodrama "OBSES" , manakala Ku Yusri pula membawa monodrama "Ribut". Kumpulan ini telah memasuki pertandingan Festival Teater Peringkat Negeri Kedah. Walaupun gagal mendapat tempat, namun persembahan tetap membanggakan dan memberikan saingan. Hal ini kerana rata rata kumpulan teater yang menyertai pertandingan ini ialah kumpulan aktivis teater yang telah lama berkecimpung dalam dunia teater.




Antara barisan tenaga produksi , pensyarah dan pelakon










 Boniface Jane dengan  Monodrama "OBSES"






On 3:22 AM by jpp ipda in ,
FUTSAL MENANTI!!

IPG KDA, Selasa :  Exco Sukan dan Rekreasi 2013 kali ini akan menganjurkan pertandingan futsal tertutup peringkat IPG KDA. pertandingan ini mempertaruhkan sebuah piala pusingan yang akan menjadi milik juara pertandingan ini, pertandingan ini akan diadakan pada 26 APRIL 2013 di GELANGGANG KOMUNITI TAMAN MAHSURI, TANAH MERAH, JITRA. Menggunakan sistem liga kumpulan dan akan mensasarkan pelajar lelaki dari semua kohort. 

Kita membuka penyertaan pasukan yang terhad. Pengerusi Exco berkata bahawa penganjuran dijadikan aktiviti bulanan. Kumpulan yang tidak dapat menyertai pertandingan kali ini akan dibawa pada bulan seterusnya.

Pemilihan tempat pertandingan kali ini di Gelanggang Taman Mahsuri ini hanya buat sementara waktu menanti keputusan mesyuarat pihak atasan IPG KDA untuk meluluskan pembaikan infrastruktur Gelanggang futsal Kampus. Yuran sebanyak RM25 dan hadiah lumayan dan sijil  menanti semua pasukan yang bertanding.

Monday, April 22, 2013

On 10:05 AM by jpp ipda in ,

TAHNIAH KEPADA SEMUA


Dewan Besar IPG KDA, Jumaat – pertandingan badminton tertutup IPG KDA yang berlangsung pada 19 april semalam. Pertandingan yang dianjurkan oleh JPP exco sukan dan rekreasi 2013 itu mendapat sambutan cukup menggalakkan. Penyertaan yang sangat memberansangkan terutama untuk kategori perseorangan lelaki dan bergu lelaki sekaligus menjadikan kategori tersebut kategori  terhangat dan menjadi tumpuan pemain profesional. Kategori lain seperti perseorangan wanita dan bergu campuran turut dipertandingkan. Pihak penganjur terpaksa membatalkan kategori bergu wanita kerana ketiadaan pasangan pemain yang mendaftar dan diganti kepada kategori bergu campuran pada saat akhir, bergu campuran menampilkan semua pelajar berbangsa cina dari kumpulan PPISMP sem 2. Pertandingan kali ini memilih untuk menjadikan sistem kalah mati sekali sebagai sistem pertandingan.

Program perkenalan JPP ini menampilkan pemain-pemain lama dan baru dan ternyata memberikan saingan yang sengit antara pemain. Perseorangan lelaki disertai seramai 8 orang peserta berbakat dari pelbagai kohort. Peringkat akhir untuk perseorangan lelaki menjadikan dewan gamat dengan sorakan penyokong kepada Mohd Aizat yang melawan Chew Cun How. Perlawanan dua jaguh ini sangat sengit dan akhirnya kemenangan abadi itu menjadi milik Md. Aizat dengan keputusan 21-12 dan 21- 17.
Aksi seorang juara baru

Beregu lelaki juga tidak kurang hebatnya apabila dua kumpulan berentap hebat merebut gelaran juara kategori bergu lelaki. Long Amir dan Mohd Radziman merupakan calon jangkaan menang oleh semua orang yang mengenali kehandalan mereka dimana telah mencapai tahap pemilihan SIPMA baru-baru ini, malah pasangan ini juga tampil dengan menang bergaya melawan kumpulan awal pertandingan. Tidak kurang hebatnya dengan pasangan semester 5 yang dianggotai oleh Solehuddin dan Azamuddin yang berjaya masuk ke peringkat akhir. Kemenangan untuk bergu lelaki tetap menjadi milik Long dan Radziman dengan keputusan 21-15 dan 21- 9.

Perseorangan wanita pula lain ceritanya kerana kurang mendapat sambutan pelajar wanita ipda. Penyertaan seramai 6 orang itu menampilkan perlawanan peringkat akhir menyaksikan perlawanan antara Nur haziera dan Norafika. Perlawanan kira-kira  25 minit itu menobatkan Nur haziera sebagai juara dengan kemenangan bergaya apabila mengalahkan lawan dengan keputusan 21-8 dan 21-10.

Bergu campuran pula yang disertai oleh peserta daftar saat-saat akhir kerana masalah teknikal menjadikan  penyertaan dibuka kepada peserta-peserta junior dari PPISMP semester 2. Namun begitu, persaingan tidak kurang hebatnya apabila menampilan perlawanan peringkat akhir oleh pasangan Kong Pei Rong dan Ngu Kian Teck melawan Belinda Hii Jen dan Loh Boon Ping. Kemenangan menjadi milik Kong Pei Rong dan Ngu Kian Teck.

Pengerusi JPP Exco sukan dan rekreasi, Abdul Malik b. Junsin berkata dalam ucapan ringkasnya semasa pelancaran aktiviti ini bahawa akan ada lagi aktiviti-aktiviti yang lebih menarik dan mencabar yang akan dianjurkan pada masa akan datang, beliau juga merayu kepada semua warga IPG KDA untuk menyokong setiap aktiviti yang dianjurkan kerana kumpulan sasar penganjuran ini hanya kepada warga IPG KDA, jadikan sokongan kepada setiap aktiviti itu sebagai tanggungjawab setiap pelajar seterusnya membantu kepada kemenjadian sahsiah guru pada masa akan datang. -BERNAMA

PEMENANG-PEMENANG PERTANDINGAN BADMINTON TERTUTUP IPDA.
1. kategori individu lelaki dan wanita


2. kategori bergu lelaki dan bergu campuran
 

penulis oleh : Abdul Malik bin Junsin (Exco Sukan dan rekreasi 2013)



Saturday, April 20, 2013

On 11:32 AM by .:naqib saad:. in
  بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِ الرَّحْمَنِ ارَّحِيم

Kata - kata aluan daripada Yang Di - Pertua  Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Ipg Kampus Darulaman bagi sesi 2013/ 2014.



Alhamdulillah, akhirnya tertubuh juga blog JPP yang baharu ini, kali ini kami tampil dengan wajah baharu yang lebih informatif dan mesra pengguna, diharapkan dengan adanya blog JPP ini, akan lebih merapatkan jurang antara warga IPDA dan JPP. 

Selamat melayari blog ini!