Wednesday, May 22, 2013

On 9:54 AM by jpp ipda in

PERTANDINGAN KLIP VIDEO IPG LESTARI
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
DAN WWF–MALAYSIA


Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia dan WWF–Malaysia menganjurkan Pertandingan Klip Video IPG Lestari yang bertujuan untuk menggalakkan perkongsian tentang pencapaian dan perkembangan program IPG Lestari sejak pelancarannya pada 22 April 2012 di Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru.

1.    TERMA DAN SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

1.1     Penyertaan

1.1.1    Pertandingan adalah terbuka kepada semua pelajar Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia.

1.1.2    Setiap permohonan penyertaan pertandingan perlu disertakan dengan storyboard video yang akan dihasilkan berserta kertas kerja tentang karya.

1.1.3    Bilangan penyertaan daripada setiap kampus adalah tidak terhad. Walau bagaimanapun, dana permulaan sebanyak RM500.00 akan diberikan kepada satu penyertaan rasmi yang terpilih daripada setiap kampus selepas penilaian terhadap storyboard dan kertas kerja yang dihantar.

1.1.4  Penyertaan yang tidak terpilih untuk menerima dana masih lagi boleh menghantar karya penyertaan.
                       
1.2     Spesifikasi

1.2.1   Keaslian
Karya mestilah:

i)             merupakan kerja asal peserta,
ii)            tidak boleh diolah atau disunting dari karya sedia ada,
iii)          serta tidak memasukkan komponen audio dan komponen visual yang diambil daripada mana-mana karya sedia ada, dan
iv)          berdasarkan kepada storyboard yang dihantar bersama kertas cadangan.


Karya atau mana-mana bahagian dalam karya juga mestilah tidak melanggar sebarang undang-undang atau hak, termasuk dan tidak terhad kepada hak privasi, hak harta intelek, hak cipta, hak moral, cap dagangan, atau nama perniagaan, atau mana-mana pihak ketiga.

1.2.2  Konsep
Karya mestilah berkisar tentang IPG Lestari yang dilaksanakan di peringkat kampus  berdasarkan salah satu daripada 9 tema dan/atau 4 tunggak IPG Lestari.

Karya yang dihasilkan adalah manifestasi kreativiti pelajar dan tidak boleh sama sekali mengandungi unsur-unsur yang menyentuh sensitiviti perkauman, kebudayaan dan keagamaan.

1.2.3  Rasional
Karya akan menjadi bahan sokongan kepada semua kampus dalam memohon permohonan untuk Anugerah Gangsa, Anugerah Perak dan Anugerah Bendera Hijau yang merupakan anugerah antarabangsa kelestarian anjuran Federation for Environmental Education, Denmark.

1.2.4  Bahasa
Bahasa yang digunakan dalam karya adalah Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris sahaja.

1.2.5  Format
Durasi karya hendaklah tidak melebihi lima (5) minit. Tempoh ini tidak termasuk bahagian kredit.

Format karya hendaklah sesuai untuk diterbit dan dipaparkan dalam segala bentuk media. Format yang dibenarkan adalah AVI, WMV, MOV, MPG dan MP4 sahaja.

Karya hendaklah dihantar kepada penganjur dalam bentuk DVD.

1.3     Tuntutan Hak Cipta

1.3.1  Semua karya penyertaan adalah hak milik penganjur Pertandingan Video Klip IPG Lestari.



1.3.2  Setiap karya mestilah tidak pernah diterbit dan dipaparkan di dalam semua bentuk media dan tidak pernah dipertandingkan dalam  sebarang pertandingan yang diadakan di dalam atau di luar Malaysia.

1.3.3  Peserta hendaklah memastikan keaslian karya adalah terpelihara. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang tuntutan daripada pihak ketiga ke atas hak cipta karya tersebut.

         1.3.4  Pihak penganjur mempunyai hak untuk menggunakan
karya penyertaan dan mendaftarkannya sebagai harta
intelek penganjur.

1.3.5  Pihak penganjur juga mempunyai hak untuk mengubah suai karya penyertaan.

1.4     Pengadilan Pertandingan

1.4.1  Setiap karya akan dinilai berdasarkan keaslian ,konsep dan kreativiti oleh panel pengadil yang dilantik oleh pihak penganjur.

1.4.2  Pemenang akan dihubungi melalui pos, telefon atau e-mel. Walau bagaimanapun, pihak penganjur mempunyai hak untuk tidak memilih pemenang dalam kalangan peserta yang bertanding sekiranya panel pengadil memutuskan bahawa tiada peserta yang layak dianugerahkan sebagai pemenang.

1.4.3  Keputusan panel pengadil adalah muktamad. Sebarang
rayuan tidak akan dilayan.

1.5     Tempoh Pertandingan

1.5.1  Peserta boleh menghantar storyboard dan kertas kerja melalui penyelaras di kampus masing-masing sebelum atau pada 13 Jun 2013.

1.5.2  Peserta boleh  menghantar karya melalui penyelaras di kampus masing-masing sebelum atau pada 15 Julai 2013.





2.    BORANG PENYERTAAN

Borang penyertaan boleh diperolehi daripada penyelaras IPG Lestari kampus masing-masing atau dimuat turun melalui laman web IPGM http://www.moe.gov.my/ipgm dan www.eco-institutes.wwf.org.my

3.    HADIAH PERTANDINGAN

Tempat Pertama   :        RM3000.00 serta sijil penyertaan

Tempat Kedua      :        RM2000.00 serta sijil penyertaan

Tempat Ketiga      :        RM1000.00 serta sijil penyertaan

Saguhati               :        24 hadiah saguhati setiap satu bernilai
RM 150 dan sijil penyertaan.

4.    URUS SETIA

Alamat Urus Setia:

Urus Setia
Pertandingan Klip Video IPG Lestari
Pusat Pembangunan Akademik
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 1, EB 3, Blok 2200
Jalan Persiaran APEC, Cyber 6
63000 Cyberjaya, Selangor
(u.p. En Muhammad bin Ibrahim)

No. Telefon: 03-83126793/013-2592659
No. Faks: 03-83126797

Permohonan penyertaan pertandingan perlu disertakan dengan storyboard video yang akan dihasilkan berserta kertas kerja tentang karya bagi tujuan penilaian untuk menentukan penyertaan yang layak menerima dana bagi setiap kampus. Sila emailkan permohonan penyertaan, storyboard, dan kertas kerja kepada En. Muhammad bin Ibrahim (cdcmoe@gmail.com) cc kepada Encik Suhairun Nizam bin Supal (suhairunnizam@yahoo.com) dan Cik Nor Shidawati binti Abdul Rasid (nrasid@wwf.org.my) sebelum atau pada 13 Jun 2013.



Wednesday, May 15, 2013

On 9:14 PM by jpp ipda in

    Pada 1 Mei 2013 yang lalu, Biro Helwani Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman telah menganjurkan   satu seminar yang bertajuk 'Seminar Haidh dan Permasalahannya' di Dewan Ibnu Khaldun. Seminar tersebut telah disampaikan oleh Ustazah Che Nazrah binti Yusof.

     Kehadiran pada hari tersebut amat memberangsangkan daripada pensyarah, staf dan pelajar IPGKDA, pelajar-pelajar IPG Kampus Pulau Pinang, pelajar sekolah dan tetamu luar yang sudi hadir. Seminar ini bertujuan merapatkan silaturrahim dan berkongsi ilmu dan pengetahuan dalam permasalahan haidh. 

     Ustazah Che Nazrah telah menyampaikan seminar selama dua jam. Pelbagai soalan ditujukan oleh para hadirin bagi merungkai permasalahan haidh.  Selepas seminar, pihak Longrich menyampaikan ceramah berkaitan kesedaran kanser Serviks dan mempromosikan tuala wanita syarikat mereka.  

     Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak lagsung dalam menjayakan program ini..Diharapkan program seperti ini akan terus dirancang dan dilaksanakan pada masa akan datang. 

       


Sesi pendaftaran para hadirin yang hadir



                                                       
                                           Ustazah Nazrah bersemangat menyampaikan seminar


                                                                      Pengerusi majlis


Para hadirin menumpukan perhatian





Penerangan dan Demonstrasi 

  

Thursday, May 9, 2013

On 3:00 AM by .:naqib saad:. in

Anda warga IPG KAMPUS DARULAMAN?
Anda pernah menjadi warga IPG KAMPUS DARULAMAN?
Anda bangga pernah menjadi warga IPG KAMPUS DARULAMAN?

MARI DAPATKAN DENGAN SEGERA STICKER KERETA KELUARAN KHAS IPG KAMPUS DARULAMAN.

 SEMENTARA STOK MASIH ADA!

Jika berminat, sila hubungi:
013-7743950 (Naqib Saad, Pengerusi Biro Keusahawanan JPP IPDA)

Duit hasil jualan ini akan pergi kemana? 

 Duit hasil jualan ini akan masuk ke Tabung Kebajikan JPP yang akan digunakan untuk melaksanakan program - program di Ipg Kampus Darulaman



Thursday, May 2, 2013

On 6:24 PM by jpp ipda in ,
Pada 20 April yang lalu Exco Penempatan Luar dengan kerjasama NASOM telah mengadakan HARI AUTISM DAY di Stadium Suka Menanti, Alor Star. Hari Autism Day diadakan bersempena dengan bulan kesedaran autism sedunia. Seramai 40 orang pelajar IPDA, JPP dan sekretariat yang terlibat bagi menjayakan program ini.

Program ini memberi banyak peluang kepada bakal-bakal guru untuk mengenali kanak-kanak istimewa ini dengan lebih mendalam dan mampu meningkatkan semangat sukarelawan dalam diri bakal-bakal guru IPDA.

Terima kasih diucapkan kepada warga IPDA yang terlibat secara langsung dan tidak lagsung dalam menjayakan program ini..






PELAJAR IPDA YANG BERSEMANGAT MENGENDALIKAN SUKAN UNTUK KANAK-KANAK AUTISM

PERAGAAN PAKAIAN BERSAMA KANAK-KANAK AUTISM

PERAGAAN PAKAIAN YANG BERKONSEPKAN FAIRY TALE
SESI PENDAFTARAN PERMAINAN..

SESI TAKLIMAT PERMAINAN

KANAK-KANAK AUTISM YANG BERSEMANGAT UNTUK BERSUKAN..


On 4:21 AM by jpp ipda in ,


IPG KDA, 1 mei 13. Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Exco Sukan dan Rekreasi sesi 2013 dari setiap IPG  ZON UTARA telah sepakat untuk menganjurkan Karnival Sukan Zon Utara 2013. Penganjuran  yang melibatkan 5 IPG Zon Utara iaitu IPG Kampus Darulaman, IPG Kampus Sultan Abdul Halim, IPG Kampus Perlis, IPG Kampus Tengku Bainun dan IPG Kampus Persekutuan Pulau Pinang kali ini akan terlibat sekali lagi dalam penganjuran ini setelah setahun lalu tidak dianjurkan. Pada musim ini juga, JPP Exco Sukan dan Rekreasi 2013 bersetuju untuk menambah bilangan kouta penyertaan dengan menjemput IPG Kampus Ipoh untuk turut serta bersama dalam karnival sukan ini. Karnival sukan zon utara 2013 ini dijangkakan akan berlangsung pada semester hadapan selepas cuti hari raya puasa.
Penganjuran kali ini tampil berbeza apabila tuan rumah dan tempoh pelaksanaan karnival disingkatkan kepada tiga hari dan IP Kampus Perlis dipilih sebagai tuan rumah tunggal. IP Kampus Perlis dengan rela hati menawarkan Kampus Perlis menjadi tuan rumah pertama dan akan diikuti oleh IPG seterusnya pada tahun akan datang.
Karnival sukan adalah satu program besar anjuran gabungan JPP Exco sukan 2013 Zon utara. Ianya satu pertandingan untuk mencari IPG JUARA untuk sukan-sukan padang dan gelanggang. Penganjuran kali ini menyenaraikan 10 jenis permainan iaitu melibatkan 4 sukan padang iaitu bola sepak, bola jaring, bola baling dan ragbi sentuh. Manakala 6 lagi sukan gelanggang iaitu tenis, badminton, pingpong, bola tampar, bola keranjang dan petunque. Penganjuran kali ini menggugurkan permainan takraw dan dijangka akan menambah 2 jenis permainan baru iaitu ragbi sentuh dan petunque. Penambahan ini sangat perlu untuk memberi kelainan kepada karnival sukan supaya tidak menganjurkan permainan yang sama setiap tahun.
IPG KAMPUS Darulaman mengambil anisiatif sendiri untuk mengadakan jelajah sukan utara yang objektif utamanya adalah mengadakan perlawanan persahabatan dengan mana-mana pasukan luar kampus sebagai latihan dan pengalaman pemain sebelum tiba Karnival sukan sebenar kelak. Pengerusi Exco sukan IPG KDA, Abdul Malik sangat berharap untuk semua jurulatih dan pemain di IPG KDA dapat bersedia lebih awal mengadakan sesi latihan sebelum menjelangnya karnival sukan ini. Beliau juga merancang untuk mengadakan satu majlis rasmi untuk pelantikan oleh Tuan Pengarah untuk jurulatih khas karnival sukan dan kapten pasukan. pelantikan rasmi ini bertujuan untuk pembakar semangat untuk lebih giat dan usaha untuk mencapai sasaran emas dalam karnival sukan kelak.

Wednesday, May 1, 2013

On 10:45 PM by .:naqib saad:. in
Pemberitahuan: Ini adalah jadual terbaru, jadual yang dikeluarkan sebelum ini tidak terpakai.
Latest Update : 6/5/2013

Terdapat 2 perubahan, lihat pada petak yang berwarna kuning

p/s: sila klik pada gambar untuk besarkan paparan.