Sunday, December 20, 2015

On 10:04 AM by أمير الشفيق



On 9:57 AM by أمير الشفيق

Thursday, November 5, 2015

On 10:52 PM by أمير الشفيق in



Terima kasih diucapkan kepada En Fauzi selaku KJ HEP serta Pn Asyikin, KU Kediaman serta semua siswa pendidik yang terlibat dengan perjumpaan 2 penjuru berkenaan isu Kolej Kediaman. Berikut hasil yang telah diputuskan bahawa :


1) Pengosongan bilik dilaksanakan untuk tujuan pemeriksaan, pembersihan dan pembaikian bilik-bilik di kolej kediaman.

2) Barangan pelajar hendaklah disimpan di dalam kotak dan dilabelkan nama dan kos pengajian dan diletakkan di bilik ultiliti, pantri dan bilik gosok

3) Pemindahan bilik kolej kediaman dilaksanakan dalam lingkungan blok masing-masing. Perpindahan blok ditangguhkan sehingga terdapatnya arahan baru. Kalau tiada arahan maka tiada perpindahan.

4) Bilik masih perlu dikosongkan kerana pelajar tidak membayar yuran asrama dan termaktub dalam peraturan

5) Akan berlaku pertukaran bilik. Aras tidak lagi mengikut batch. Pun begitu, ahli bilik masih sama

6) Ketua aras dan ketua blok perlu memainkan peranan besar mengaudit dan memeriksa setiap fasiliti asrama

7) Hasil pemeriksaan dari pihak pengurusan, pelbagai peralatan tidak sepatutnya dibawa di kolej kediaman

8) Peraturan keluar masuk perlu diperketatkan. Cuma, perlaksanaannya akan diteliti.

9) Perjumpaan bulanan HEP bersama pelajar mulai 2016 pada setiap hari Rabu. Wajib memakai uniform mengikut unit.


Semoga perjumpaan ini menjelaskan segala rungutan dan aduan anda.

MUHAMAD AMIRUL SYAFIQ B MD YUSUF
YDP JPP IPG DARULAMAN 2015/2016

Sunday, October 4, 2015

On 11:48 PM by أمير الشفيق


Sekalung ucapan tahniah diucapkan kepada beberapa orang pensyarah yang telah dilantik sebagai Ketua Jabatan Akademik yang baru. Semoga IPG Darulaman terus ber'Sinar Ilmu di Utara'. Mereka adalah :
1) Tn Hj Fauzi Hamid (KJ HEP)
2) En.Hishamuddin Jaafar (KJ Matematik)
3) En. Ramli Abu Mansor (KJ Bahasa)
4) En Rosli Wahab (KJ Bimbingan dan Kaunseling)
5) En. Abdull Manaf bin Ahmad (KJ Pengajian Melayu)
6) Tn Hj Abdul Rahman bin Zakaria (KJ Pendidikan Jasmani Kesihatan) 
7) En Wan Fadzli Wan Harun (KJ Sains Perpustakaan)
On 11:45 PM by أمير الشفيق in

Sukacita dimaklumkan satu Karnival Keusahawanan Persatuan Unit Kokurikulum akan diadakan seperti berikut :
Tarikh : 7/10/15 (Rabu)
Masa: 8 pg- 5 ptg
Tempat : Kafeteria Seri Lawang
Pelbagai gerai jualan akan dibuka. Jom sama-sama memeriahkan lagi Karnival Keusahawanan. Apa tunggu lagi, jom pakat-pakat mai....




INGIN MERASAKAN KELAINAN DALAM MENU GERAI KAMI??!!
TERHAD! SEDAP! MENYELERAKAN! PASTINYA HALAL

HANYA PELANGGAN BERTUAH YG DAPAT MENIKMATI RASA LAKSA SARAWAK LUAR BIASA DRPD GERAI #nampaklawacafe
bukan setakat itu!!! COKLAT DIY yg ditawarkan gerai kami mempunyai rasa yg unik, sedap dan pastinya membangkitkan 'mood' sensasi hari anda. ISTIMEWANYA! anda juga berpeluang untuk menghasilkan coklat anda sendiri utk diberikan kpd yg tersyg. ❤ FRIES dan Sosej yg ditawarkan pastinya murah dan sedap.

SETIAP PEMBELIAN RM2 DAN KE ATAS AKAN DIBERIKAN AIR SIRAP LIMAU PERCUMA!!! JANGAN LUPA BERKUNJUNG KE GERAI #nampaklawacafe


Kelas PISMP Amb Jan 13 (Sejarah) akan menganjurkan "Ghumah Hantu" versi Hotel Translyvania yang hangat di pawagam sekarang. Jom masuk ghumah hantu yang gempak ni pada 7/10/2015 hari rabu di Gymnasium Jabatan Pendidikan Jasmani.

Kami hanya menyediakan 24 Showtimes dan terhad penonton setiap showtime. Yang beli ticket combo akan dapat EXPRESS entrance dan disediakan makanan, main bubble dan gambar percuma. TAK MASUK MEMANG RUGI sebab hantu jarang menjelma di IPDA hehe


Mari memeriahkan Karnival Keusahawanan peringkat IPDA. #warungkita menjual pelbagai jenis makanan dan minuman. Special at #warungkita :
-Nasi Lemak Berlauk Power
-H&M coffee (11 flavour)
-Special Lok Lok.

Kami jamin mmg YUMMYLICIOUS!! Dap dap dap...

Pakat mai nahh #warungkita pasti anda puas hati InshaAllah. :

Tarikh : 7 Oktober 2015
Tempat: Perkarangan Kafe Lawang IPDA

MASA: 8.00 PAGI- 5.00 PETANG
On 8:33 PM by أمير الشفيق












Thursday, September 10, 2015

On 7:32 PM by أمير الشفيق in

JAMUAN PERPISAHAN YDP DAN MESYUARAT AMT

TARIKH : 10 SEPTEMBER 2015
TEMPAT : KFC TANAH MERAH, JITRA





Sunday, September 6, 2015

On 4:49 PM by أمير الشفيق in

Sukacita dimaklumkan pada 7 September 2015 (Isnin) pada jam 11.30 pagi di Dewan Besar IPG Kampus Darulaman akan diadakan satu Majlis Anugerah Pengarah bagi mengiktiraf kecemerlangan dalam peperiksaan Mei 2015. Semua siswa pendidik dikehendaki datang awal pada majlis ini dengan berpakaian formal serta memakai nametag. Kepada penerima Anugerah Pengarah, sila memakai blazer dan nametag pada hari berkenaan.
On 4:47 PM by أمير الشفيق



Sukacita dimaklumkan bahawa satu Pertandingan Kreativiti dan Inovasi (CIC) peringkat IPG Kampus Darulaman akan diadakan pada 10 September 2015 bertempat di Pusat Sumber Institut. Pertandingan ini terbahagi kepada dua kategori iaitu peringkat Pensyarah dan peringkat Pelajar. Maklumat lanjut, boleh berhubung terus dengan Dr Azizah Sarkowi (JIP). Tarik tutup penyertaan adalah pada 8 September 2015.


"Kreativiti dan Inovasi ke Arah Peningkatan Profesionalisme Guru"
On 4:45 PM by أمير الشفيق in


PERTANDINGAN TAFSIR AL-QURAN
Sukacita dimaklumkan bahawa pada 9 September 2015 (Rabu) pada jam 8.00 malam di Pusat Ilmu, Masjid An-nur akan diadakan Pertandingan Tafsir al-Quran peringkat IPGK Darulaman. Muslimin dan muslimat dijemput untuk hadir bagi memeriahkan majlis ini.
Penyertaan dibuka kepada pelajar yang berminat. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan :
1) Afiq bin Shahizan (019-4974687)
2) Nur Amirah binti Rosmin (014-8631755)




MAJLIS TILAWAH DAN MENGHAFAZ AL-QURAN
Sukacita dimaklumkan bahawa pada 9 September 2015 (Rabu) pada jam 8.00 malam di Masjid An-nur akan diadakan Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran peringkat IPGK Darulaman. Muslimin dan muslimat dijemput untuk hadir bagi memeriahkan majlis ini.
Penyertaan dibuka kepada pelajar yang berminat. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan :
1) Afiq bin Shahizan (019-4974687)
2) Nur Amirah binti Rosmin (014-8631755)

Tuesday, September 1, 2015

On 6:46 AM by أمير الشفيق

Adalah dimaklumkan bahawa gangguan bekalan air akan berlaku pada 2 dan 3 September 2015 bermula jam 2.00 petang sehingga 8.00 pagi untuk tujuan kerja-kerja penggantian Transfomer di Loji Pelubang, Jitra, Kedah.




Monday, August 31, 2015

On 7:28 AM by أمير الشفيق in