Thursday, May 2, 2013

On 4:21 AM by jpp ipda in ,


IPG KDA, 1 mei 13. Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Exco Sukan dan Rekreasi sesi 2013 dari setiap IPG  ZON UTARA telah sepakat untuk menganjurkan Karnival Sukan Zon Utara 2013. Penganjuran  yang melibatkan 5 IPG Zon Utara iaitu IPG Kampus Darulaman, IPG Kampus Sultan Abdul Halim, IPG Kampus Perlis, IPG Kampus Tengku Bainun dan IPG Kampus Persekutuan Pulau Pinang kali ini akan terlibat sekali lagi dalam penganjuran ini setelah setahun lalu tidak dianjurkan. Pada musim ini juga, JPP Exco Sukan dan Rekreasi 2013 bersetuju untuk menambah bilangan kouta penyertaan dengan menjemput IPG Kampus Ipoh untuk turut serta bersama dalam karnival sukan ini. Karnival sukan zon utara 2013 ini dijangkakan akan berlangsung pada semester hadapan selepas cuti hari raya puasa.
Penganjuran kali ini tampil berbeza apabila tuan rumah dan tempoh pelaksanaan karnival disingkatkan kepada tiga hari dan IP Kampus Perlis dipilih sebagai tuan rumah tunggal. IP Kampus Perlis dengan rela hati menawarkan Kampus Perlis menjadi tuan rumah pertama dan akan diikuti oleh IPG seterusnya pada tahun akan datang.
Karnival sukan adalah satu program besar anjuran gabungan JPP Exco sukan 2013 Zon utara. Ianya satu pertandingan untuk mencari IPG JUARA untuk sukan-sukan padang dan gelanggang. Penganjuran kali ini menyenaraikan 10 jenis permainan iaitu melibatkan 4 sukan padang iaitu bola sepak, bola jaring, bola baling dan ragbi sentuh. Manakala 6 lagi sukan gelanggang iaitu tenis, badminton, pingpong, bola tampar, bola keranjang dan petunque. Penganjuran kali ini menggugurkan permainan takraw dan dijangka akan menambah 2 jenis permainan baru iaitu ragbi sentuh dan petunque. Penambahan ini sangat perlu untuk memberi kelainan kepada karnival sukan supaya tidak menganjurkan permainan yang sama setiap tahun.
IPG KAMPUS Darulaman mengambil anisiatif sendiri untuk mengadakan jelajah sukan utara yang objektif utamanya adalah mengadakan perlawanan persahabatan dengan mana-mana pasukan luar kampus sebagai latihan dan pengalaman pemain sebelum tiba Karnival sukan sebenar kelak. Pengerusi Exco sukan IPG KDA, Abdul Malik sangat berharap untuk semua jurulatih dan pemain di IPG KDA dapat bersedia lebih awal mengadakan sesi latihan sebelum menjelangnya karnival sukan ini. Beliau juga merancang untuk mengadakan satu majlis rasmi untuk pelantikan oleh Tuan Pengarah untuk jurulatih khas karnival sukan dan kapten pasukan. pelantikan rasmi ini bertujuan untuk pembakar semangat untuk lebih giat dan usaha untuk mencapai sasaran emas dalam karnival sukan kelak.