Monday, April 22, 2013
On 10:05 AM by Unknown in Biro HELWANI, Biro Sukan dan Rekreasi
TAHNIAH KEPADA SEMUA
Dewan Besar IPG KDA, Jumaat – pertandingan badminton
tertutup IPG KDA yang berlangsung pada 19 april semalam. Pertandingan yang
dianjurkan oleh JPP exco sukan dan rekreasi 2013 itu mendapat sambutan cukup
menggalakkan. Penyertaan yang sangat memberansangkan terutama untuk kategori
perseorangan lelaki dan bergu lelaki sekaligus menjadikan kategori tersebut
kategori terhangat dan menjadi tumpuan
pemain profesional. Kategori lain seperti perseorangan wanita dan bergu campuran
turut dipertandingkan. Pihak penganjur terpaksa membatalkan kategori bergu
wanita kerana ketiadaan pasangan pemain yang mendaftar dan diganti kepada
kategori bergu campuran pada saat akhir, bergu campuran menampilkan semua
pelajar berbangsa cina dari kumpulan PPISMP sem 2. Pertandingan kali ini
memilih untuk menjadikan sistem kalah mati sekali sebagai sistem pertandingan.
Program perkenalan JPP ini
menampilkan pemain-pemain lama dan baru dan ternyata memberikan saingan yang
sengit antara pemain. Perseorangan lelaki disertai seramai 8 orang peserta
berbakat dari pelbagai kohort. Peringkat akhir untuk perseorangan lelaki
menjadikan dewan gamat dengan sorakan penyokong kepada Mohd Aizat yang melawan
Chew Cun How. Perlawanan dua jaguh ini sangat sengit dan akhirnya kemenangan
abadi itu menjadi milik Md. Aizat dengan keputusan 21-12 dan 21- 17.
Aksi seorang juara baru
Beregu lelaki juga tidak kurang
hebatnya apabila dua kumpulan berentap hebat merebut gelaran juara kategori
bergu lelaki. Long Amir dan Mohd Radziman merupakan calon jangkaan menang oleh
semua orang yang mengenali kehandalan mereka dimana telah mencapai tahap
pemilihan SIPMA baru-baru ini, malah pasangan ini juga tampil dengan menang
bergaya melawan kumpulan awal pertandingan. Tidak kurang hebatnya dengan
pasangan semester 5 yang dianggotai oleh Solehuddin dan Azamuddin yang berjaya
masuk ke peringkat akhir. Kemenangan untuk bergu lelaki tetap menjadi milik
Long dan Radziman dengan
keputusan 21-15 dan 21- 9.
Perseorangan wanita pula lain
ceritanya kerana kurang mendapat sambutan pelajar wanita ipda. Penyertaan seramai
6 orang itu menampilkan perlawanan peringkat akhir menyaksikan perlawanan
antara Nur haziera dan Norafika. Perlawanan kira-kira 25 minit itu menobatkan Nur haziera sebagai
juara dengan kemenangan bergaya apabila mengalahkan lawan dengan keputusan 21-8
dan 21-10.
Bergu campuran pula yang disertai
oleh peserta daftar saat-saat akhir kerana masalah teknikal menjadikan penyertaan dibuka kepada peserta-peserta
junior dari PPISMP semester 2. Namun begitu, persaingan tidak kurang hebatnya
apabila menampilan perlawanan peringkat akhir oleh pasangan Kong Pei Rong dan Ngu Kian Teck melawan Belinda Hii Jen
dan Loh Boon Ping. Kemenangan menjadi milik Kong Pei Rong dan Ngu Kian Teck.
Pengerusi
JPP Exco sukan dan rekreasi, Abdul Malik b. Junsin berkata dalam ucapan ringkasnya
semasa pelancaran aktiviti ini bahawa akan ada lagi aktiviti-aktiviti yang
lebih menarik dan mencabar yang akan dianjurkan pada masa akan datang, beliau
juga merayu kepada semua warga IPG KDA untuk menyokong setiap aktiviti yang
dianjurkan kerana kumpulan sasar penganjuran ini hanya kepada warga IPG KDA,
jadikan sokongan kepada setiap aktiviti itu sebagai tanggungjawab setiap
pelajar seterusnya membantu kepada kemenjadian sahsiah guru pada masa akan
datang. -BERNAMA
PEMENANG-PEMENANG PERTANDINGAN BADMINTON TERTUTUP IPDA.
1. kategori individu lelaki dan wanita
2. kategori bergu lelaki dan bergu campuran
penulis oleh : Abdul Malik bin Junsin (Exco Sukan dan rekreasi 2013)
Search
Artikel berkaitan
-
Adalah dimaklumkan bahawa gangguan bekalan air akan berlaku pada 2 dan 3 September 2015 bermula jam 2.00 petang sehingga 8.00 pagi untuk t...
Pautan berkaitan
- Ahli Majlis Tertinggi (8)
- Bendahari (1)
- Biro Akademik (3)
- Biro HELWANI (7)
- Biro Kebajikan (2)
- Biro Kebudayaan Kesenian dan Warisan (4)
- Biro Kerohanian dan Moral (1)
- Biro Keusahawanan (3)
- Biro Kolej Kediaman (5)
- Biro Penempatan Luar (2)
- Biro Sukan dan Rekreasi (7)
- Biro TM&P (1)
- Hari Terbuka PISMP (5)
- HEP (1)
- Masjid An-Nur (1)
Copyright © 2015 JPP IPG Darulaman. Powered by Blogger.