Thursday, May 9, 2013
On 3:00 AM by .:naqib saad:. in Biro Keusahawanan
Anda warga IPG KAMPUS DARULAMAN?
Anda pernah menjadi warga IPG KAMPUS DARULAMAN?
Anda bangga pernah menjadi warga IPG KAMPUS DARULAMAN?
MARI DAPATKAN DENGAN SEGERA STICKER KERETA KELUARAN KHAS IPG KAMPUS DARULAMAN.
SEMENTARA STOK MASIH ADA!
Jika berminat, sila hubungi:
013-7743950 (Naqib Saad, Pengerusi Biro Keusahawanan JPP IPDA)
Duit hasil jualan ini akan pergi kemana?
Duit hasil jualan ini akan masuk ke Tabung Kebajikan JPP yang akan digunakan untuk melaksanakan program - program di Ipg Kampus Darulaman
Thursday, May 2, 2013
On 6:24 PM by Unknown in Biro HELWANI, Biro Penempatan Luar
Pada 20 April yang lalu Exco Penempatan Luar dengan kerjasama NASOM telah mengadakan HARI AUTISM DAY di Stadium Suka Menanti, Alor Star. Hari Autism Day diadakan bersempena dengan bulan kesedaran autism sedunia. Seramai 40 orang pelajar IPDA, JPP dan sekretariat yang terlibat bagi menjayakan program ini.
Program ini memberi banyak peluang kepada bakal-bakal guru untuk mengenali kanak-kanak istimewa ini dengan lebih mendalam dan mampu meningkatkan semangat sukarelawan dalam diri bakal-bakal guru IPDA.
Terima kasih diucapkan kepada warga IPDA yang terlibat secara langsung dan tidak lagsung dalam menjayakan program ini..
![]() |
| PELAJAR IPDA YANG BERSEMANGAT MENGENDALIKAN SUKAN UNTUK KANAK-KANAK AUTISM |
![]() |
| PERAGAAN PAKAIAN BERSAMA KANAK-KANAK AUTISM |
![]() |
| PERAGAAN PAKAIAN YANG BERKONSEPKAN FAIRY TALE |
![]() |
| SESI PENDAFTARAN PERMAINAN.. |
![]() |
| SESI TAKLIMAT PERMAINAN |
![]() |
| KANAK-KANAK AUTISM YANG BERSEMANGAT UNTUK BERSUKAN.. |
On 4:21 AM by Unknown in Biro HELWANI, Biro Sukan dan Rekreasi
IPG KDA, 1
mei 13. Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Exco Sukan dan Rekreasi
sesi 2013 dari setiap IPG ZON UTARA
telah sepakat untuk menganjurkan Karnival Sukan Zon Utara 2013. Penganjuran yang melibatkan 5 IPG Zon Utara iaitu IPG
Kampus Darulaman, IPG Kampus Sultan Abdul Halim, IPG Kampus Perlis, IPG Kampus
Tengku Bainun dan IPG Kampus Persekutuan Pulau Pinang kali ini akan terlibat
sekali lagi dalam penganjuran ini setelah setahun lalu tidak dianjurkan. Pada musim
ini juga, JPP Exco Sukan dan Rekreasi 2013 bersetuju untuk menambah bilangan
kouta penyertaan dengan menjemput IPG Kampus Ipoh untuk turut serta bersama
dalam karnival sukan ini. Karnival sukan zon utara 2013 ini dijangkakan akan
berlangsung pada semester hadapan selepas cuti hari raya puasa.
Penganjuran kali
ini tampil berbeza apabila tuan rumah dan tempoh pelaksanaan karnival disingkatkan
kepada tiga hari dan IP Kampus Perlis dipilih sebagai tuan rumah tunggal. IP
Kampus Perlis dengan rela hati menawarkan Kampus Perlis menjadi tuan rumah
pertama dan akan diikuti oleh IPG seterusnya pada tahun akan datang.
Karnival
sukan adalah satu program besar anjuran gabungan JPP Exco sukan 2013 Zon utara.
Ianya satu pertandingan untuk mencari IPG JUARA untuk sukan-sukan padang dan
gelanggang. Penganjuran kali ini menyenaraikan 10 jenis permainan iaitu
melibatkan 4 sukan padang iaitu bola sepak, bola jaring, bola baling dan ragbi
sentuh. Manakala 6 lagi sukan gelanggang iaitu tenis, badminton, pingpong, bola
tampar, bola keranjang dan petunque. Penganjuran kali ini menggugurkan
permainan takraw dan dijangka akan menambah 2 jenis permainan baru iaitu ragbi
sentuh dan petunque. Penambahan ini sangat perlu untuk memberi kelainan kepada
karnival sukan supaya tidak menganjurkan permainan yang sama setiap tahun.
IPG KAMPUS
Darulaman mengambil anisiatif sendiri untuk mengadakan jelajah sukan utara yang
objektif utamanya adalah mengadakan perlawanan persahabatan dengan mana-mana
pasukan luar kampus sebagai latihan dan pengalaman pemain sebelum tiba Karnival
sukan sebenar kelak. Pengerusi Exco sukan IPG KDA, Abdul Malik sangat berharap
untuk semua jurulatih dan pemain di IPG KDA dapat bersedia lebih
awal mengadakan sesi latihan sebelum menjelangnya karnival sukan ini. Beliau juga merancang untuk mengadakan satu majlis rasmi untuk pelantikan oleh Tuan Pengarah untuk jurulatih khas karnival sukan dan kapten pasukan. pelantikan rasmi ini bertujuan untuk pembakar semangat untuk lebih giat dan usaha untuk mencapai sasaran emas dalam karnival sukan kelak.
Wednesday, May 1, 2013
On 10:45 PM by .:naqib saad:. in Biro Akademik
Pemberitahuan: Ini adalah jadual terbaru, jadual yang dikeluarkan sebelum ini tidak terpakai.
Latest Update : 6/5/2013
Terdapat 2 perubahan, lihat pada petak yang berwarna kuning
p/s: sila klik pada gambar untuk besarkan paparan.
Sunday, April 28, 2013
On 9:00 AM by Unknown in Biro HELWANI, Biro Sukan dan Rekreasi
Kepala Batas
– 26 April. Satu perlawanan futsal tertutup IPG Kampus Darulaman telah
dianjurkan oleh JPP Exco Sukan dan Rekreasi 2013. Penganjuran ini merupakan
salah satu aktiviti tours Exco sukan dan rekreasi untuk memperkenalkan Exco ini
kepada komuniti IPG KDA. Kerjasama antara sekteriat Exco sukan dan rekreasi
mendapat galakan dan sambutan dari warga IPG KDA dengan penyertaan yang sangat
menggalakkan. Penyertaan yang mengehadkan untuk setiap kohort menghantar 2
pasukan untuk masuk bertanding. Pada penganjuran kali pertama ini, penganjur
sepakat untuk menghantar pasukan dari semester 3 sebanyak 4 pasukan kerana
menggantikan kekosongan dari semester 5 yang belum tamat sesi praktikum pertama
mereka.
Pertandingan ini menampilkan 8
pasukan hebat berentap untuk merebut piala pusingan. Ternyata jangkaan orang
ramai bahawa pertandingan ini sangat sengit kerana disertai oleh
pasukan-pasukan yang hebat dan berpotensi untuk lebih maju. Pertandingan
mempertaruhkan sistem pertandingan liga kumpulan.
Piala
pusingan yang hangat diperkatakan telah menjadi milik pemegang pertamanya iaitu
pasukan Lelaki Maskulin A yang dianggotai oleh pelajar-pelajar dari semester 7.
Kapten pasukan iaitu Mior Fakhrullah Abd. Jalil yang juga bertanggungjawab
sebagai penjaga gol menghembuskan nafas lega dan berrpuas hati dengan prestasi
ahli pasukannya yang mampu menjuarai pertandingan ini selepas mengalahkan
pasukan-pasukan lain.
Pasukan yang menduduki tempat kedua
adalah pasukan La Intrusa yang dianggotai oleh pasukan “kaki futsal IPDA” iaitu
pelajar-pelajar dari semester 3. Kapten pasukan iaitu Mohd Hafizi Nazir
ternyata agak kurang berpuas hati dengan kepengadilan yang menidakkan jaringan
gol terakhir selepas tendangan penalti mencari 1 gol mengalahkan pasukan Lelaki
Maskulin A. Pasukan ini juga antara pasukan “favorite” menang ramai
orang apabila tampil dengan teknik permainan yang pantas dan skillfull. Namun,
mereka hanya mampu menduduki tempat kedua apabila tewas 1 gol dengan Lelaki
maskulin A.
Pengerusi JPP Exco sukan dan Rekreasi
2013 sangat berpuas hati dengan penganjuran dan mengatakan bahawa pertandingan
futsal ini akan diadakan secara berterusan setiap bulan sebagai tanda menyokong
sukan pilihan mahasiswa masa kini.
Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua sekteriat, JPP , peserta dan
seluruh warga IPG KDA yang menyokong setiap penganjuran JPP Exco sukan dan
rekreasi kali ini.
LELAKI MASKULIN A : JUARA
LA INTRUSA : NAIB JOHAN
Subscribe to:
Posts (Atom)
Search
Artikel berkaitan
-
PERTANDINGAN KLIP VIDEO IPG LESTARI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DAN WWF–MALAYSIA Institut Pendi...
-
Semua staf akademik IPG Kampus Darulaman dipelawa menyertai Kejohanan Berbasikal Antara Pensyarah yang bakal diadakan pada 8 April 2015 (...
-
Sukacita dimaklumkan pada 7 September 2015 (Isnin) pada jam 11.30 pagi di Dewan Besar IPG Kampus Darulaman akan diadakan satu Majlis A...
-
Terima kasih diucapkan kepada En Fauzi selaku KJ HEP serta Pn Asyikin, KU Kediaman serta semua siswa pendidik yang terlibat dengan ...
-
Sukacita dimaklumkan satu Karnival Keusahawanan Persatuan Unit Kokurikulum akan diadakan seperti berikut : Tarikh : 7/10/15 (Rabu) Mas...
-
Ayuh serlahkan bakat anda, dapatkan borang-borang melalui link berikut atau dapatkannya terus dari saudara H afeez Zulkiffli, PISMP Ba...
-
PERTANDINGAN TAFSIR AL-QURAN Sukacita dimaklumkan bahawa pada 9 September 2015 (Rabu) pada jam 8.00 malam di Pusat Ilmu, Masjid An-nu...
Pautan berkaitan
- Ahli Majlis Tertinggi (8)
- Bendahari (1)
- Biro Akademik (3)
- Biro HELWANI (7)
- Biro Kebajikan (2)
- Biro Kebudayaan Kesenian dan Warisan (4)
- Biro Kerohanian dan Moral (1)
- Biro Keusahawanan (3)
- Biro Kolej Kediaman (5)
- Biro Penempatan Luar (2)
- Biro Sukan dan Rekreasi (7)
- Biro TM&P (1)
- Hari Terbuka PISMP (5)
- HEP (1)
- Masjid An-Nur (1)
Copyright © 2015 JPP IPG Darulaman. Powered by Blogger.
















