Thursday, May 2, 2013
On 4:21 AM by Unknown in Biro HELWANI, Biro Sukan dan Rekreasi
IPG KDA, 1
mei 13. Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Exco Sukan dan Rekreasi
sesi 2013 dari setiap IPG ZON UTARA
telah sepakat untuk menganjurkan Karnival Sukan Zon Utara 2013. Penganjuran yang melibatkan 5 IPG Zon Utara iaitu IPG
Kampus Darulaman, IPG Kampus Sultan Abdul Halim, IPG Kampus Perlis, IPG Kampus
Tengku Bainun dan IPG Kampus Persekutuan Pulau Pinang kali ini akan terlibat
sekali lagi dalam penganjuran ini setelah setahun lalu tidak dianjurkan. Pada musim
ini juga, JPP Exco Sukan dan Rekreasi 2013 bersetuju untuk menambah bilangan
kouta penyertaan dengan menjemput IPG Kampus Ipoh untuk turut serta bersama
dalam karnival sukan ini. Karnival sukan zon utara 2013 ini dijangkakan akan
berlangsung pada semester hadapan selepas cuti hari raya puasa.
Penganjuran kali
ini tampil berbeza apabila tuan rumah dan tempoh pelaksanaan karnival disingkatkan
kepada tiga hari dan IP Kampus Perlis dipilih sebagai tuan rumah tunggal. IP
Kampus Perlis dengan rela hati menawarkan Kampus Perlis menjadi tuan rumah
pertama dan akan diikuti oleh IPG seterusnya pada tahun akan datang.
Karnival
sukan adalah satu program besar anjuran gabungan JPP Exco sukan 2013 Zon utara.
Ianya satu pertandingan untuk mencari IPG JUARA untuk sukan-sukan padang dan
gelanggang. Penganjuran kali ini menyenaraikan 10 jenis permainan iaitu
melibatkan 4 sukan padang iaitu bola sepak, bola jaring, bola baling dan ragbi
sentuh. Manakala 6 lagi sukan gelanggang iaitu tenis, badminton, pingpong, bola
tampar, bola keranjang dan petunque. Penganjuran kali ini menggugurkan
permainan takraw dan dijangka akan menambah 2 jenis permainan baru iaitu ragbi
sentuh dan petunque. Penambahan ini sangat perlu untuk memberi kelainan kepada
karnival sukan supaya tidak menganjurkan permainan yang sama setiap tahun.
IPG KAMPUS
Darulaman mengambil anisiatif sendiri untuk mengadakan jelajah sukan utara yang
objektif utamanya adalah mengadakan perlawanan persahabatan dengan mana-mana
pasukan luar kampus sebagai latihan dan pengalaman pemain sebelum tiba Karnival
sukan sebenar kelak. Pengerusi Exco sukan IPG KDA, Abdul Malik sangat berharap
untuk semua jurulatih dan pemain di IPG KDA dapat bersedia lebih
awal mengadakan sesi latihan sebelum menjelangnya karnival sukan ini. Beliau juga merancang untuk mengadakan satu majlis rasmi untuk pelantikan oleh Tuan Pengarah untuk jurulatih khas karnival sukan dan kapten pasukan. pelantikan rasmi ini bertujuan untuk pembakar semangat untuk lebih giat dan usaha untuk mencapai sasaran emas dalam karnival sukan kelak.
Search
Artikel berkaitan
-
Terima kasih diucapkan kepada En Fauzi selaku KJ HEP serta Pn Asyikin, KU Kediaman serta semua siswa pendidik yang terlibat dengan ...
-
TAHNIAH KEPADA SEMUA Dewan Besar IPG KDA, Jumaat – pertandingan badminton tertutup IPG KDA yang berlangsung pada 19 april semalam. Pe...
-
Sekalung ucapan tahniah diucapkan kepada beberapa orang pensyarah yang telah dilantik sebagai Ketua Jabatan Akademik yang baru. Semoga...
-
Semua staf akademik IPG Kampus Darulaman dipelawa menyertai Kejohanan Berbasikal Antara Pensyarah yang bakal diadakan pada 8 April 2015 (...
-
Berikut merupakan program dan aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan oleh Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) sesi 2015/2016 sepanjan...
-
Anda warga IPG KAMPUS DARULAMAN? Anda pernah menjadi warga IPG KAMPUS DARULAMAN? Anda bangga pernah menjadi warga IPG KAMPUS DARULAMA...
-
Pada 1 Mei 2013 yang lalu, Biro Helwani Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman telah menganjurkan satu seminar yang bertajuk ...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Berkenaan isu masalah parking di Kolej Kediaman Pelajar, perkara ini perlu dipandang serius oleh s...
-
MAJLIS : MAJLIS WATIKAH PERLANTIKAN JPP IPG KAMPUS DARULAMAN TEMPAT : DEWAN BESAR IPG KAMPUS DARULAMAN TARIKH : 9/2/2015 Bismill...
Pautan berkaitan
- Ahli Majlis Tertinggi (8)
- Bendahari (1)
- Biro Akademik (3)
- Biro HELWANI (7)
- Biro Kebajikan (2)
- Biro Kebudayaan Kesenian dan Warisan (4)
- Biro Kerohanian dan Moral (1)
- Biro Keusahawanan (3)
- Biro Kolej Kediaman (5)
- Biro Penempatan Luar (2)
- Biro Sukan dan Rekreasi (7)
- Biro TM&P (1)
- Hari Terbuka PISMP (5)
- HEP (1)
- Masjid An-Nur (1)
Copyright © 2015 JPP IPG Darulaman. Powered by Blogger.