Tuesday, April 23, 2013
On 7:00 AM by Unknown in Biro HELWANI, Biro Kebudayaan Kesenian dan Warisan
SALAM SATU IPG
Pada 7 april dan 13 april 2013 yang lalu Kumpulan Teater IPDA telah membuat pementasan teater Ratu-Ratu Gunung. Teater ini diarahkan oleh En Yazi Bin Keria dan Puan Fatahiyah Bin Ishak. Antara barisan pelakon yang menjadi tunjang kepada Teater Ratu-Ratu gunung ini adalah Ku Yusri ( Merupakan Pelakon utama dalam Telemovie "SUTUN", Pelajar Guru PPISMP sem3 , PISMP sem 1 , Sem 3 dan Sem 5. IPDA juga telah menghantar 2 orang pelajar untuk pertandingan monodrama. Boniface Jane dari PISMP sem3 matematik membawa monodrama "OBSES" , manakala Ku Yusri pula membawa monodrama "Ribut". Kumpulan ini telah memasuki pertandingan Festival Teater Peringkat Negeri Kedah. Walaupun gagal mendapat tempat, namun persembahan tetap membanggakan dan memberikan saingan. Hal ini kerana rata rata kumpulan teater yang menyertai pertandingan ini ialah kumpulan aktivis teater yang telah lama berkecimpung dalam dunia teater.

Antara barisan tenaga produksi , pensyarah dan pelakon

Boniface Jane dengan Monodrama "OBSES"

Pada 7 april dan 13 april 2013 yang lalu Kumpulan Teater IPDA telah membuat pementasan teater Ratu-Ratu Gunung. Teater ini diarahkan oleh En Yazi Bin Keria dan Puan Fatahiyah Bin Ishak. Antara barisan pelakon yang menjadi tunjang kepada Teater Ratu-Ratu gunung ini adalah Ku Yusri ( Merupakan Pelakon utama dalam Telemovie "SUTUN", Pelajar Guru PPISMP sem3 , PISMP sem 1 , Sem 3 dan Sem 5. IPDA juga telah menghantar 2 orang pelajar untuk pertandingan monodrama. Boniface Jane dari PISMP sem3 matematik membawa monodrama "OBSES" , manakala Ku Yusri pula membawa monodrama "Ribut". Kumpulan ini telah memasuki pertandingan Festival Teater Peringkat Negeri Kedah. Walaupun gagal mendapat tempat, namun persembahan tetap membanggakan dan memberikan saingan. Hal ini kerana rata rata kumpulan teater yang menyertai pertandingan ini ialah kumpulan aktivis teater yang telah lama berkecimpung dalam dunia teater.
Antara barisan tenaga produksi , pensyarah dan pelakon

Boniface Jane dengan Monodrama "OBSES"
On 3:22 AM by Unknown in Biro HELWANI, Biro Sukan dan Rekreasi
FUTSAL MENANTI!!
IPG KDA, Selasa : Exco Sukan dan Rekreasi 2013 kali ini akan menganjurkan pertandingan futsal tertutup peringkat IPG KDA. pertandingan ini mempertaruhkan sebuah piala pusingan yang akan menjadi milik juara pertandingan ini, pertandingan ini akan diadakan pada 26 APRIL 2013 di GELANGGANG KOMUNITI TAMAN MAHSURI, TANAH MERAH, JITRA. Menggunakan sistem liga kumpulan dan akan mensasarkan pelajar lelaki dari semua kohort.
Kita membuka penyertaan pasukan yang terhad. Pengerusi Exco berkata bahawa penganjuran dijadikan aktiviti bulanan. Kumpulan yang tidak dapat menyertai pertandingan kali ini akan dibawa pada bulan seterusnya.
Pemilihan tempat pertandingan kali ini di Gelanggang Taman Mahsuri ini hanya buat sementara waktu menanti keputusan mesyuarat pihak atasan IPG KDA untuk meluluskan pembaikan infrastruktur Gelanggang futsal Kampus. Yuran sebanyak RM25 dan hadiah lumayan dan sijil menanti semua pasukan yang bertanding.
Monday, April 22, 2013
On 10:05 AM by Unknown in Biro HELWANI, Biro Sukan dan Rekreasi
TAHNIAH KEPADA SEMUA
Dewan Besar IPG KDA, Jumaat – pertandingan badminton
tertutup IPG KDA yang berlangsung pada 19 april semalam. Pertandingan yang
dianjurkan oleh JPP exco sukan dan rekreasi 2013 itu mendapat sambutan cukup
menggalakkan. Penyertaan yang sangat memberansangkan terutama untuk kategori
perseorangan lelaki dan bergu lelaki sekaligus menjadikan kategori tersebut
kategori terhangat dan menjadi tumpuan
pemain profesional. Kategori lain seperti perseorangan wanita dan bergu campuran
turut dipertandingkan. Pihak penganjur terpaksa membatalkan kategori bergu
wanita kerana ketiadaan pasangan pemain yang mendaftar dan diganti kepada
kategori bergu campuran pada saat akhir, bergu campuran menampilkan semua
pelajar berbangsa cina dari kumpulan PPISMP sem 2. Pertandingan kali ini
memilih untuk menjadikan sistem kalah mati sekali sebagai sistem pertandingan.
Program perkenalan JPP ini
menampilkan pemain-pemain lama dan baru dan ternyata memberikan saingan yang
sengit antara pemain. Perseorangan lelaki disertai seramai 8 orang peserta
berbakat dari pelbagai kohort. Peringkat akhir untuk perseorangan lelaki
menjadikan dewan gamat dengan sorakan penyokong kepada Mohd Aizat yang melawan
Chew Cun How. Perlawanan dua jaguh ini sangat sengit dan akhirnya kemenangan
abadi itu menjadi milik Md. Aizat dengan keputusan 21-12 dan 21- 17.
Aksi seorang juara baru
Beregu lelaki juga tidak kurang
hebatnya apabila dua kumpulan berentap hebat merebut gelaran juara kategori
bergu lelaki. Long Amir dan Mohd Radziman merupakan calon jangkaan menang oleh
semua orang yang mengenali kehandalan mereka dimana telah mencapai tahap
pemilihan SIPMA baru-baru ini, malah pasangan ini juga tampil dengan menang
bergaya melawan kumpulan awal pertandingan. Tidak kurang hebatnya dengan
pasangan semester 5 yang dianggotai oleh Solehuddin dan Azamuddin yang berjaya
masuk ke peringkat akhir. Kemenangan untuk bergu lelaki tetap menjadi milik
Long dan Radziman dengan
keputusan 21-15 dan 21- 9.
Perseorangan wanita pula lain
ceritanya kerana kurang mendapat sambutan pelajar wanita ipda. Penyertaan seramai
6 orang itu menampilkan perlawanan peringkat akhir menyaksikan perlawanan
antara Nur haziera dan Norafika. Perlawanan kira-kira 25 minit itu menobatkan Nur haziera sebagai
juara dengan kemenangan bergaya apabila mengalahkan lawan dengan keputusan 21-8
dan 21-10.
Bergu campuran pula yang disertai
oleh peserta daftar saat-saat akhir kerana masalah teknikal menjadikan penyertaan dibuka kepada peserta-peserta
junior dari PPISMP semester 2. Namun begitu, persaingan tidak kurang hebatnya
apabila menampilan perlawanan peringkat akhir oleh pasangan Kong Pei Rong dan Ngu Kian Teck melawan Belinda Hii Jen
dan Loh Boon Ping. Kemenangan menjadi milik Kong Pei Rong dan Ngu Kian Teck.
Pengerusi
JPP Exco sukan dan rekreasi, Abdul Malik b. Junsin berkata dalam ucapan ringkasnya
semasa pelancaran aktiviti ini bahawa akan ada lagi aktiviti-aktiviti yang
lebih menarik dan mencabar yang akan dianjurkan pada masa akan datang, beliau
juga merayu kepada semua warga IPG KDA untuk menyokong setiap aktiviti yang
dianjurkan kerana kumpulan sasar penganjuran ini hanya kepada warga IPG KDA,
jadikan sokongan kepada setiap aktiviti itu sebagai tanggungjawab setiap
pelajar seterusnya membantu kepada kemenjadian sahsiah guru pada masa akan
datang. -BERNAMA
PEMENANG-PEMENANG PERTANDINGAN BADMINTON TERTUTUP IPDA.
1. kategori individu lelaki dan wanita
2. kategori bergu lelaki dan bergu campuran
penulis oleh : Abdul Malik bin Junsin (Exco Sukan dan rekreasi 2013)
Saturday, April 20, 2013
On 11:32 AM by .:naqib saad:. in Ahli Majlis Tertinggi
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِ الرَّحْمَنِ ارَّحِيم
Kata - kata aluan daripada Yang Di - Pertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Ipg Kampus Darulaman bagi sesi 2013/ 2014.
Alhamdulillah, akhirnya tertubuh juga blog JPP yang baharu ini, kali ini kami tampil dengan wajah baharu yang lebih informatif dan mesra pengguna, diharapkan dengan adanya blog JPP ini, akan lebih merapatkan jurang antara warga IPDA dan JPP.
Selamat melayari blog ini!
Monday, April 30, 2007
On 7:35 AM by أمير الشفيق
MESYUARAT
JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR
KALI KE-3/2007
TARIKH : 30
APRIL 2007
TEMPAT : DEWAN
MAHSURI
KEHADIRAN : SEMUA
EXCO JPP
Jawatankuasa
Perwakilan Pelajar 2007 telah mengadakan
mesyuarat pada 30 April 2007 bertempat di Dewan Mahsuri jam 9.00 malam. Antara
agenda perbincangan adalah mengenai hal kebajikan pelajar. Di sini kami
membentangkan beberapa isu yang telah dibincangkan dalam mesyuarat tersebut.
|
ISU
|
MASALAH
|
CATATAN
|
|
Kemudahan internet di Taman Siswa
|
- Bilangan kafe siber yang berdekatan Taman Siswa
semakin berkurangan dan terpaksa bersaing dengan pelajar-pelajar daripada POLIMAS, ILP dan sebagainya.
- kerja-kerja kursus yang perlu disiapkan amat
memerlukan maklumat dari internet.
|
|
|
Kafeteria Sri Kantan
|
- makanan di Kafeteria Sri Kantan selalu tidak
mencukupi, contohnya pada pukul 11.00 pagi sudah habis.
- tisu disimpan di dalam laci.
-sabun basuh tangan tidak disediakan.
- pelajar inginkan perkhidmatan yang disediakan
lebih baik dan efisien.
|
|
|
Penggunaan PA System yang tidak memuaskan
|
- beberapa tempat di IPDA tidak dapat mendengar
pengumuman yang diumum di pejabat pentadbiran IPDA seperti kafeteria Sri
Lawang, makmal sains, bilik seni, seluruh kawasan
-walaupun terdapat beberapa tempat yang dapat
mendengar pengumuman tersebut, namun maklumat tetap tidak dapat disalurkan
kerana gelombang bunyi bertindih dan bergema.
- oleh itu, dicadangkan supaya diwujudkan “sound box”
di setiap kelas, Kafeteria Sri Lawang, makmal sains, bilik seni dan tempat-tempat
yang menghadapi masalah.
- memudahkan sebarang info dan maklumat yang
disampaikan didengari dan diketahui oleh seluruh warga IPDA secara efektif.
|
|
|
Kedudukan saham koperasi pelajar.
Kursus :
|
- pelajar inginkan penjelasan dan maklumat dari
koperasi tentang kedudukan saham pelajar dan bilakah pelajar akan memperoleh
saham tersebut.
Cadangan : Diumumkan kepada pelajar sewaktu perhimpunan pagi dua bulan
sekali.
|
|
|
Bayaran untuk kemudahan makmal komputer
|
- Sebelum ini, elaun pelajar dipotong sebanyak RM10
untuk kemudahan komputer IPDA dan sekarang, bayaran itu tidak dikenakan lagi.
-IPDA mempunyai banyak makmal komputer, namun jika
dibandingkan dengan nisbah bilangan komputer yang boleh digunakan, ia amat
mendukacitakan.
- pelajar memohon kemudahan komputer yang lebih baik
dapat disediakan di IPDA
|
|
|
Bilik khas untuk pelajar sakit.
(Lelaki/ Perempuan)
|
- pelajar memerlukan bilik tersebut untuk kes-kes
kecemasan yang mungkin berlaku ketika waktu kuliah.
- ini kerana pelajar tidak dibenarkan oleh Jabatan
Hal Ehwal Pelajar (JHEP) untuk balik ke
Cadangan : Bilik di Jabatan Bimbingan &
Kaunseling
|
|
|
Bilik persalinan
|
- Pelajar memerlukan satu bilik khas bertujuan
supaya mereka dapat menukar pakaian khususnya selepas tamat waktu interaksi
Pendidikan Jasmani.
Cadangan : Di Bilik Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan dan
dilabelkan.
|
|
Oleh itu, amatlah diharapkan segala
usul dan cadangan daripada JPP sebagai mewakili suara pelajar ini diterima dan
dipertimbangkan.
Disediakan oleh,
(MOHD SHAFIZAN BIN OMAR)
Setiausaha Agung Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Institut Perguruan Darulaman
Subscribe to:
Posts (Atom)
Search
Artikel berkaitan
-
PERTANDINGAN KLIP VIDEO IPG LESTARI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DAN WWF–MALAYSIA Institut Pendi...
-
Semua staf akademik IPG Kampus Darulaman dipelawa menyertai Kejohanan Berbasikal Antara Pensyarah yang bakal diadakan pada 8 April 2015 (...
-
Sukacita dimaklumkan pada 7 September 2015 (Isnin) pada jam 11.30 pagi di Dewan Besar IPG Kampus Darulaman akan diadakan satu Majlis A...
-
Terima kasih diucapkan kepada En Fauzi selaku KJ HEP serta Pn Asyikin, KU Kediaman serta semua siswa pendidik yang terlibat dengan ...
-
Sukacita dimaklumkan satu Karnival Keusahawanan Persatuan Unit Kokurikulum akan diadakan seperti berikut : Tarikh : 7/10/15 (Rabu) Mas...
-
Ayuh serlahkan bakat anda, dapatkan borang-borang melalui link berikut atau dapatkannya terus dari saudara H afeez Zulkiffli, PISMP Ba...
-
PERTANDINGAN TAFSIR AL-QURAN Sukacita dimaklumkan bahawa pada 9 September 2015 (Rabu) pada jam 8.00 malam di Pusat Ilmu, Masjid An-nu...
Pautan berkaitan
- Ahli Majlis Tertinggi (8)
- Bendahari (1)
- Biro Akademik (3)
- Biro HELWANI (7)
- Biro Kebajikan (2)
- Biro Kebudayaan Kesenian dan Warisan (4)
- Biro Kerohanian dan Moral (1)
- Biro Keusahawanan (3)
- Biro Kolej Kediaman (5)
- Biro Penempatan Luar (2)
- Biro Sukan dan Rekreasi (7)
- Biro TM&P (1)
- Hari Terbuka PISMP (5)
- HEP (1)
- Masjid An-Nur (1)
Copyright © 2015 JPP IPG Darulaman. Powered by Blogger.







